Ramai daripada kita berikhtiar mencari pendapatan sampingan atau pendapatan tambahan atau pendapatan sambilan disebabkan suasana ekonomi yang mendesak, kalau kita ke pasar bawa duit RM100 tak tentu lagi cukup keperluan yang hendak dibeli, semuanya mahal ... Banyak keperluan yang perlu dipenuhi, tuntutan hutang yang perlu dibayar dan banyak lagi yang perlu di jelaskan ... tambahan pula kalau anak masuk universiti ... pening kepala jawabnya.
Banyak persoalan timbul di kepala ... akhirnya maka kita pun buat keputusan untuk mencari pendapatan tambahan atau sambilan bagi memenuhi keperluan perbelanjaan yang sentiasa tidak pernah cukup ...
Tapi! Kalau nak berniaga perlu modal besar, nak kena cari tempat berniaga, nak cari pasaran, nak kena guna strategi yang canggih dan banyak lagi lah kalau nak disenaraikan lagi tambah pening kepala ....
Puas kita berfikir, bertanya khabar dan buat beberapa penyelidikan, ... Akhirnya bertemu lah apa yang dicari. Katanya berniaga di Internet atau berniaga online (business online) senang dan mudah, duk je depan PC atau laptop atau netbook dan buat sedikit "home work" iaitu baca dan faham mana mana je program pastu daftar sebagai ahli (sign in) atau apa apa je yang kena daftar dan ikut arahan program tu... dah tentulah kena buat pembayaran atau sedikit pembelian. Tunggu dalam seminggu dua dan anda dah boleh dapat ratus ratus atau ribu ribu ringgit atau dollar.
Nah! Siapa yang tidak terliur nak berniaga online atau berniaga di talian. Kita pun mulalah melayari internet dengan harapan yang menggunung dengan angan angan jadi kaya. Manakan tidak di internet tu banyak program yang menjanjikan anda boleh jadi kaya dengan cepat, bukan satu, bukan dua tetapi banyak, rata rata semua menjanjikan kekayaan cepat. Anda pun pilihlah program yang paling sesuai dan menasabah, yang paling rasional ... tentu pada masa tu anda merasakan anda telah membuat keputusan yang bijak kan.
Hari pun berganti hari, minggu berganti minggu ... Eh! Kenapa tak ada apa apa nie! Apa yang silap, anda tertanya tanya kepada diri anda, adakah aku ni ditipu ... mesti ada cara yang tak kena, ini kena betulkan, anda tak putus asa, ini sikap yang baik untuk berjaya tapi masalahnya ada sudah rasa seperti ditipu. Anda terus berusaha ... semangat kental katakan, dari satu ke satu program, kemudian mulalah beli ebook, manakan tidak beli ebook yang menjanjikan pelabagai cara yang dijamin menjadi kalau anda ikut kaedahnya, kaedah perniagaan internet.
Poket anda mula kempis, wang anda habis... hasil tak ada ... macamana ni... Anda mula berasa cemas, harapan berkecai, rasa diri tertipu.
Anda telah membuat kesilapan sebenarnya. Tanpa usul periksa, mudah dan cepat percaya, tanpa selidik betul betul ... tak kaji secara terperinci ... dakwaan yang kalau difikirkan dengan baik memang tak menasabah. Tetapi disebabkan kerana nak cepat kaya atau nak dapat duit secara mudah menyebabkan kita cepat terpengaruh ...
Jadi bagaimana caranya kita nak berjaya... saya akan berkongsi pengalaman dengan anda pada post yang seterusnya.
Cadangan Buku yang patut anda baca sebelum memulakan perniagaan online. Untuk mengetahui apa yang didedahkan dalam buku ini sila klik pada icon di bawah. Ingat! dalam dunia perniagaan online atau perniagaan internet kita mestilah ada ilmu dan menggunakan kaedah perniagaan internet yang betul kalau ingin berjaya.
Jadi bagaimana caranya kita nak berjaya... saya akan berkongsi pengalaman dengan anda pada post yang seterusnya.
Cadangan Buku yang patut anda baca sebelum memulakan perniagaan online. Untuk mengetahui apa yang didedahkan dalam buku ini sila klik pada icon di bawah. Ingat! dalam dunia perniagaan online atau perniagaan internet kita mestilah ada ilmu dan menggunakan kaedah perniagaan internet yang betul kalau ingin berjaya.
Nota: Anda tidak semestinya membeli buku ini, ia adalah cadangan sahaja, pengetahuan perniagaan online ini akan anda perolehi sedikit demi sedikit tetapi memakan masa, dengan pembacaan akan menambah cepat lagi proses pembelajaran perniagaan internet anda.
No comments:
Post a Comment