Bagi mereka yang baru menceburkan diri dalam dunia perniagaan internet atau perniagaan online akan berhadapan dengan berbagai masalah. Yang penting anda jangan berputus asa, ada jalan penyelesaiannya ... bak kata pepatah "Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya"
Sekali gagal bukan bermakna anda akan gagal sampai bila bila ... sabar dan ikut cara berniaga dari rumah dengan kaedah perniagaan internet yang betul.
Bukanlah saya seorang yang pakar ... tetapi ingin berkongsi dengan anda pengalaman pengalaman yang telah saya tempuhi dan lalui didalam dunia perniagaan online atau perniagaan internet atau berniaga dari rumah atau berniaga di rumah atau apa saja yang di istilahkan sejak tahun 2000 lagi.
Saya pun pada mula mula tu, cuba tu cuba ni ... semuanya tak jadi ... pening dan resah juga, rasa kecewa ... tapi saya pegang prinsip kalau orang lain boleh berjaya kenapa tidak saya ... mesti ada sesuatu yang disembunyikan atau terlepas pandang ... mesti ada teknik, strategi dan rahsia mereka boleh berjaya ...
Setelah banyak duit habis, beribu ringgit lesap begitu saja ... tapi tetap tak putus asa, saya tenangkan diri dan mula berfikir dan mengkaji, memasuki forum, bertanya sana sini dan meneliti sumber yang boleh dipercayai melalui pembacaan dan melayari internet mencari artikel yang mengajar cara perniagaan internet yang sebenar dan berkesan. Mencari dimana salah saya, saya tetap bertanya kepada diri sendiri, kalau ramai yang berjaya dan menjadi jutawan, kenapa tidak saya...
Saya bertanya lagi ... Adakah perniagaan online ini benar benar ujud.... memberi keuntungan kepada sesiapa sahaja yang berniaga secara online atau adakah orang yang tertentu sahaja yang berjaya dan bermacam macam lagi persoalan bermain di fikiran saya ... untuk mendapatkan kepastian dan kesahihan bahawa berniaga online ini menguntungkan.

Setelah puas mencari sebab - rupa rupanya perniagaan online lebih kurang sama dengan perniagaan biasa (offline). Ada matlamat, perancangan, strategi dan lain lain berkenaan dengan perniagaan yang sebenar bezanya yang satu di alam maya (online) dan satu lagi didunia nyata.
Ooo ... begitu rupanya, keluh saya pada masa itu setelah mengetahui perkara sebenar ... ingatkan semudah seperti yang di dakwa beli ebook atau ikuti program atau apa apa dakwaan dalam internet, bayar dan tunggu hasil saja ... mudah kan bunyinya...
Dalam perniagaan online yang pentingnya macam mana kita hendak dapat duit orang, bukannya mudah bagi kita dapat duit, kalau kita tidak penuhi kehendak mereka. Mereka akan bagi kita duit jika tawarkan barangan atau perkhidmatan yang mereka kehendaki yang setimpal dengan nilai wang yang mereka keluarkan. Kalau seseorang boleh bagi kita RM10 kalau 100 orang kita boleh RM1000 kalau 1000 orang kita boleh RM10000 ... itulah sifir perniagaan internet semakin ramai orang percaya kat kita semakin banyak kita dapat wang.
Jika anda nak cari duit online anda mestilah cari jalan untuk membuatkan orang lain membeli dari anda. Kesimpulannya perniagaan internet bukanlah mudah seperti di dakwa, kita yang menjadi mangsa kepada program program cepat kaya, bukan kita yang kaya tetapi mereka yang punya program itu yang kaya, kita pula habis duit, kita memperkayakan mereka hingga poket kita kosong...
Salah siapa! kitalah yang salah sebab mudah sangat diperdayakan ... cepat percaya dan cepat membeli atau membayar dalam jumlah wang yang banyak, semata mata nak cepat kaya. Periksa dulu, usul dulu, tanya logikkah ... barulah tak kena tipu.
OK. Kalau begitu bagaimana kita nak berjaya dalam perniagaan online atau peniagaan internet atau berniaga di talian ... banyak pulak cerita saya tadi ...sabar ... sabar tu pun salah satu dari rahsia berjaya dalam internet, jangan gopoh. Perniagaan internet mestilah dibina, dipupuk, dijaga dan disejahterakan. Perniagaan ditalian ini tidaklah semudah yang dijangka.
Orang kata bukannya senang nak senang dan bukannya susah kalau nak susah ... pastu bagaimana cara untuk memudahkannya, macamana nak berjaya, dapat duit dari berniaga di talian.
Jawabnya anda perlu menjalani proses pembelajaran ... daripada tak tahu kepada tahu ... yang susah menjadi mudah setelah anda memahaminya.
Anda tak tahu mencari wang dalam internet dengan cara yang berkesan maka anda hendaklah belajar kaedah dan cara yang sebenar ... nah sekarang anda telah tahu dan arif cara cari wang di internet yang dulunya susah bagi anda mencari wang online sekarang dah jadi mudah bagi anda.
Anda tak tahu nak jual apa di internet anda kena belajar sehingga anda boleh mencipta produk ... teruskan belajar ... sehingga anda boleh menjual produk yang anda bina itu ... teruskan lagi belajar ... macamana anda nak promosikan atau iklankan produk anda, belajarlah cara caranya dan teruskan belajar lagi sehingga anda mencapai kejayaan.
Nampaknya sampai disini bicara saya kali ini, kita bertemu lagi di post yang lain, yang akan membincangkan lebih banyak tips dan petua rahsia kejayaan dalam perniagaan internet atau berniaga di talian.
Wassalam.
Cadangan Pembacaan:
Smarter, Faster, Cheaper: Non-Boring, Fluff-Free Strategies for Marketing and Promoting Your Business