Friday, August 19, 2011

Berniaga dari rumah - cara berkesan

Bagi mereka yang baru menceburkan diri dalam dunia perniagaan internet atau perniagaan online akan berhadapan dengan berbagai masalah.  Yang penting anda jangan berputus asa, ada jalan penyelesaiannya ... bak kata pepatah "Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya"

Sekali gagal bukan bermakna anda akan gagal sampai bila bila ... sabar dan ikut cara berniaga dari rumah dengan kaedah perniagaan internet yang betul.

Bukanlah saya seorang yang pakar ... tetapi ingin berkongsi dengan anda pengalaman pengalaman yang telah saya tempuhi dan lalui didalam dunia perniagaan online atau perniagaan internet atau berniaga dari rumah atau  berniaga di rumah atau apa saja yang di istilahkan sejak tahun 2000 lagi.


Saya pun pada mula mula tu, cuba tu cuba ni ... semuanya tak jadi ... pening dan resah juga, rasa kecewa ... tapi saya pegang prinsip kalau orang lain boleh berjaya kenapa tidak saya ... mesti ada sesuatu yang disembunyikan atau terlepas pandang ... mesti ada teknik, strategi dan rahsia mereka boleh berjaya ...


Setelah banyak duit habis, beribu ringgit lesap begitu saja ... tapi tetap tak putus asa, saya tenangkan diri dan mula berfikir dan mengkaji, memasuki forum, bertanya sana sini dan meneliti sumber yang boleh dipercayai melalui pembacaan dan melayari internet mencari artikel yang mengajar cara perniagaan internet yang sebenar dan berkesan. Mencari dimana salah saya, saya tetap bertanya kepada diri sendiri, kalau ramai yang berjaya dan menjadi jutawan, kenapa tidak saya...


Saya bertanya lagi ... Adakah perniagaan online ini benar benar ujud.... memberi keuntungan kepada sesiapa sahaja yang berniaga secara online atau adakah orang yang tertentu sahaja yang berjaya dan bermacam macam lagi persoalan bermain di fikiran saya ... untuk mendapatkan kepastian dan kesahihan bahawa berniaga online ini menguntungkan.

Setelah puas mencari sebab - rupa rupanya perniagaan online lebih kurang sama dengan perniagaan biasa (offline).  Ada matlamat, perancangan, strategi dan lain lain berkenaan dengan perniagaan yang sebenar bezanya yang satu di alam maya (online) dan satu lagi didunia nyata.


Ooo ... begitu rupanya, keluh saya pada masa itu setelah mengetahui perkara sebenar ... ingatkan semudah seperti yang di dakwa beli ebook atau ikuti program atau apa apa dakwaan dalam internet, bayar dan tunggu hasil saja ... mudah kan bunyinya... 


Dalam perniagaan online yang pentingnya macam mana kita hendak dapat duit orang, bukannya mudah bagi kita dapat duit, kalau kita tidak penuhi kehendak mereka. Mereka akan bagi kita duit jika tawarkan barangan atau perkhidmatan yang mereka kehendaki yang setimpal dengan nilai wang yang mereka keluarkan.  Kalau seseorang boleh bagi kita RM10 kalau 100 orang kita boleh RM1000 kalau 1000 orang kita boleh RM10000 ... itulah sifir perniagaan internet semakin ramai orang percaya kat kita semakin banyak kita dapat wang.

Jika anda nak cari duit online anda mestilah cari jalan untuk membuatkan orang lain membeli dari anda.  Kesimpulannya perniagaan internet bukanlah mudah seperti di dakwa, kita yang menjadi mangsa kepada program program cepat kaya, bukan kita yang kaya tetapi mereka yang punya program itu yang kaya, kita pula habis duit, kita memperkayakan mereka hingga poket kita kosong...

Salah siapa! kitalah yang salah sebab mudah sangat diperdayakan ... cepat percaya dan cepat membeli atau membayar dalam jumlah wang yang banyak, semata mata nak cepat kaya. Periksa dulu, usul dulu, tanya logikkah ... barulah tak kena tipu.

OK. Kalau begitu bagaimana kita nak berjaya dalam perniagaan online atau peniagaan internet atau berniaga di talian ... banyak pulak cerita saya tadi ...sabar ... sabar tu pun salah satu dari rahsia berjaya dalam internet, jangan gopoh.  Perniagaan internet mestilah dibina, dipupuk, dijaga dan disejahterakan.  Perniagaan ditalian ini tidaklah semudah yang dijangka.

Orang kata bukannya senang nak senang dan bukannya susah kalau nak susah ... pastu bagaimana cara untuk memudahkannya, macamana nak berjaya, dapat duit dari berniaga di talian.

Jawabnya anda perlu menjalani proses pembelajaran ... daripada tak tahu kepada tahu ... yang susah menjadi mudah setelah anda memahaminya.

Anda tak tahu mencari wang dalam internet dengan cara yang berkesan maka anda hendaklah belajar kaedah dan cara yang sebenar ... nah sekarang anda telah tahu dan arif cara cari wang di internet yang dulunya susah bagi anda mencari wang online sekarang dah jadi mudah bagi anda.

Anda tak tahu nak jual apa di internet anda kena belajar sehingga anda boleh mencipta produk ... teruskan belajar ... sehingga anda boleh menjual produk yang anda bina itu ... teruskan lagi belajar ... macamana anda nak promosikan atau iklankan produk anda, belajarlah cara caranya dan teruskan belajar lagi sehingga anda mencapai kejayaan.

Nampaknya sampai disini bicara saya kali ini, kita bertemu lagi di post yang lain, yang akan membincangkan lebih banyak tips dan petua rahsia kejayaan dalam perniagaan internet atau berniaga di talian.

Wassalam.

Cadangan Pembacaan:

Smarter, Faster, Cheaper: Non-Boring, Fluff-Free Strategies for Marketing and Promoting Your BusinessSmarter, Faster, Cheaper: Non-Boring, Fluff-Free Strategies for Marketing and Promoting Your Business

Wednesday, August 10, 2011

Berniaga dari rumah - elak dari terpedaya

Ramai daripada kita berikhtiar mencari pendapatan sampingan atau pendapatan tambahan atau pendapatan sambilan disebabkan suasana ekonomi yang mendesak, kalau kita ke pasar bawa duit RM100 tak tentu lagi cukup keperluan yang hendak dibeli, semuanya mahal ... Banyak keperluan yang perlu dipenuhi, tuntutan hutang yang perlu dibayar dan banyak lagi yang perlu di jelaskan ... tambahan pula kalau anak masuk universiti ... pening kepala jawabnya.

Banyak persoalan timbul di kepala ... akhirnya maka kita pun buat keputusan untuk mencari pendapatan tambahan atau sambilan bagi memenuhi keperluan perbelanjaan yang sentiasa tidak pernah cukup ...

Tapi! Kalau nak berniaga perlu modal besar, nak kena cari tempat berniaga, nak cari pasaran, nak kena guna strategi yang canggih dan banyak lagi lah kalau nak disenaraikan lagi tambah pening kepala ....

Puas kita berfikir, bertanya khabar dan buat beberapa penyelidikan, ... Akhirnya bertemu lah apa yang dicari.  Katanya berniaga di Internet atau berniaga online (business online) senang dan mudah, duk je depan PC atau laptop atau netbook dan buat sedikit "home work" iaitu baca dan faham mana mana je program pastu daftar sebagai ahli (sign in) atau apa apa je yang kena daftar dan ikut arahan program tu... dah tentulah kena buat pembayaran atau sedikit pembelian.  Tunggu dalam seminggu dua dan anda dah boleh dapat ratus ratus atau ribu ribu ringgit atau dollar.

Nah! Siapa yang tidak terliur nak berniaga online atau berniaga di talian.  Kita pun mulalah melayari internet dengan harapan yang menggunung dengan angan angan jadi kaya.  Manakan tidak di internet tu banyak program yang menjanjikan anda boleh jadi kaya dengan cepat, bukan satu, bukan dua tetapi banyak, rata rata semua menjanjikan kekayaan cepat.  Anda pun pilihlah program yang paling sesuai dan menasabah, yang paling rasional ... tentu pada masa tu anda merasakan anda telah membuat keputusan yang bijak kan.

Hari pun berganti hari, minggu berganti minggu ... Eh! Kenapa tak ada apa apa nie! Apa yang silap, anda tertanya tanya kepada diri anda, adakah aku ni ditipu ... mesti ada cara yang tak kena,  ini kena betulkan, anda tak putus asa, ini sikap yang baik untuk berjaya tapi masalahnya ada sudah rasa seperti ditipu.  Anda terus berusaha ... semangat kental katakan, dari satu ke satu program, kemudian mulalah beli ebook, manakan tidak beli ebook yang menjanjikan pelabagai cara yang dijamin menjadi kalau anda ikut kaedahnya, kaedah perniagaan internet.

Poket anda mula kempis, wang anda habis... hasil tak ada ... macamana ni... Anda mula berasa cemas, harapan berkecai, rasa diri tertipu.

Anda telah membuat kesilapan sebenarnya. Tanpa usul periksa, mudah dan cepat percaya, tanpa selidik betul betul ... tak kaji secara terperinci ... dakwaan yang kalau difikirkan dengan baik memang tak menasabah.  Tetapi disebabkan kerana nak cepat kaya atau nak dapat duit secara mudah menyebabkan kita cepat terpengaruh ...

Jadi bagaimana caranya kita nak berjaya... saya akan berkongsi pengalaman dengan anda pada post yang seterusnya.

Cadangan Buku yang patut anda baca sebelum memulakan perniagaan online.  Untuk mengetahui apa yang didedahkan dalam buku ini sila klik pada icon di bawah.  Ingat!  dalam dunia perniagaan online atau perniagaan internet kita mestilah ada ilmu dan menggunakan kaedah perniagaan internet yang betul kalau ingin berjaya.


Nota:  Anda tidak semestinya membeli buku ini, ia adalah cadangan sahaja, pengetahuan perniagaan online ini akan anda perolehi sedikit demi sedikit tetapi memakan masa, dengan pembacaan akan menambah cepat lagi proses pembelajaran perniagaan internet anda.

Wednesday, August 3, 2011

Panduan Berniaga Online

Kebanyakan yang terlibat dengan perniagaan internet atau perniagaan online gagal mencapai matlamat mereka.  Hanya 5 % sahaja yang berjaya 95 % gagal  kerana salah perhitungan menurut satu kajian yang telah dibuat dalam internet.

Bukanlah tujuan saya menakutkan atau mematahkan semangat anda untuk berjaya dalam perniaagaan internet atau berniaga online, tetapi untuk memberi panduan supaya anda tidak menjadi sebahagian besar yang kecewa dan tertipu (dalam internet dipanggil scam), duit habis tetapi tiada sebarang kejayaan.

Jadi! Bagaimana kita boleh berjaya dalam perniagaan online ini.  Bukanlah saya seorang yang pakar tetapi adalah pengalaman yang ingin dikongsi bersama.  Salah satu kunci untuk berjaya online, maksud saya berjaya dalam perniagaan internet ialah berkongsi pengalaman dan berkomuniti.

Dalam post yang akan datang saya akan membicarakan perkara perkara yang utama yang mesti disediakan dan dilalui atau dihadapi sebelum kita melangkah kedunia perniagaan online dengan kaedah peniagaan intenet yang betul atau pun walaupun kita telah melibatkan diri lama dalam mengejar kejayaan dalam perniagaan internet tetapi masih tidak mencapai kejayaan yang memuaskan.

Jangan lupa beri komen anda supaya kita boleh berkongsi pengalaman.  OK kita jumpa lagi nanti.

Wassalam